SELAMAT DATANG KE BLOG UNIT KESIHATAN UiTM PUNCAK PERDANA (KUMPULAN MUTIARA). TERIMA KASIH
Dr. Ernie Rozaini sulaiman (Pegawai Perubatan) Salmah Bt Ab. Karim (Jururawat)  Azila Bt Alwi (Jururawat) Nurul Azura Bt. Zaini (Attendan Kesihatan) Mohd Isyamudin Mahmad (Penolong Pegawai Perubatan)

Pengenalan MutiaraUKPP

Unit Kesihatan Puncak Perdana (UKPP) telah bermula pada awal tahun 2007 dan dianggotai oleh 1 penolong pegawai perubatan (PPP), 1 jururawat, 1 pemandu dan 1 pembantu pejabat. Pada Januari 2008, unit kesihatan telah menerima seorang pegawai perubatan dan tambahan seorang lagi jururawat untuk memberikan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan sempurna memandangkan Kampus UiTM Puncak

Perdana mempunyai jumlah pelajar serta kakitangan melebihi 3,500 orang. Dari segi infrastruktur, UKPP bermula dengan sebuah rumah pelajar pada 2007 dan akhirnya telah dibesarkan kepada 2 buah rumah yang telah diubahsuai menjadi sebuah klinik. Dalam pertengahan 2009, sebuah lagi unit rumah telah diubahsuai dan digabungkan dengan unit yang sedia ada. Kerja-kerja pengubahsuaian telah siap sepenuhnya dan bahagian farmasi dan makmal telah berpindah ke unit yang baru. Dengan ruang yang baru dan luas ini telah memberi lebih keselesaan kepada kakitangan dan pesakit. Terdapat juga penambahan ruang bilik mesyuarat dan stor.
Pada Julai 2009, urusan hal ehwal pentadbiran am Kampus Puncak Perdana telah digabungkan dengan Kampus Puncak Alam. UKPP tidak terkecuali dalam menerima arahan ini dan pada Mei 2010, semua staf UKPP telah menerima surat pertukaran tempat bertugas iaitu dari Pusat kesihatan Shah Alam ke Kampus Puncak Perdana.

mutiaraukpp mutiaraukpp.blogspot.com

Objektif QE/5S


Ahli Kumpulan MUTIARA




KETUA

DR ERNIE ROZAINI SULAIMAN

SETIAUSAHA

MOHD ISYAMUDIN MAHMAD

JK LATIHAN & PROMOSI
AZILA BT. ALWI

JK AUDIT
SALMAH AB KARIM

AHLI
ROSLAN B. MAT

AHLI
NURUL AZURA BT. ZAINI

AHLI
MD ZIN B. MOHAMAD JOHA

Objektif QE/5S Kumpulan Mutiara






1. Mewujudkan persekitaran yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan semua ahli, dengan

(i) mengamalkan pembersihan 5 minit sebelum dan selepas kerja, di tempat kerja masing-masing setiap hari.
(ii) mengadakan gotong royong kumpulan pada minggu kedua (2) setiap bulan

2. Memastikan 95% pelanggan yang berurusan di zon ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

3. Meningkatkan kerjasama antara semua ahli dalam melaksanakan tugas harian.

4. Membina budaya kerja berpasukan dan disiplin yang tinggi serta berhemah di kalangan semua ahli.

5. Meningkatkan kualiti kesihatan ahli dengan mengamalkan cara hidup sihat.

6. Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kaizen (inovasi). 

mutiaraukpp mutiaraukpp.blogspot.com

Logo QE/5S Kumpulan Mutiara



Keterangan logo:

·         Bulan sabit dan logo UiTM adalah lambang rasmi Unit Kesihatan.
·      Sebanyak 5 bulatan kecil melambangkan prinsip 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
·         Bulatan kecil ini disusun dalam bulatan besar bermaksud setiap ahli kumpulan bersatu hati untuk melaksanakan amalan 5S di tempat kerja.

Nama Mutiara membawa maksud:

M - Mesra
U -  Utuh dan unik
- Telus
I -  Inovasi
A - Amanah
R - Rajin
A - Akauntabiliti

Warna logo melambangkan:

Ungu - semangat dan jati diri sebagai warga UiTM
Biru - perpaduan dan ikatan yang utuh di antara ahli kumpulan
Putih - suasana yang bersih dan kemas
Merah - sentiasa bersemangat dan ceria

mutiaraukpp mutiaraukpp.blogspot.com

Penjimatan Kos

1. DRAWER ORGANISER




2. KOTAK SIMPAN FAIL 




3. STORAGE BIN UBAT