SELAMAT DATANG KE BLOG UNIT KESIHATAN UiTM PUNCAK PERDANA (KUMPULAN MUTIARA). TERIMA KASIH
Dr. Ernie Rozaini sulaiman (Pegawai Perubatan) Salmah Bt Ab. Karim (Jururawat)  Azila Bt Alwi (Jururawat) Nurul Azura Bt. Zaini (Attendan Kesihatan) Mohd Isyamudin Mahmad (Penolong Pegawai Perubatan)

Pengenalan MutiaraUKPP

Unit Kesihatan Puncak Perdana (UKPP) telah bermula pada awal tahun 2007 dan dianggotai oleh 1 penolong pegawai perubatan (PPP), 1 jururawat, 1 pemandu dan 1 pembantu pejabat. Pada Januari 2008, unit kesihatan telah menerima seorang pegawai perubatan dan tambahan seorang lagi jururawat untuk memberikan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan sempurna memandangkan Kampus UiTM Puncak

Perdana mempunyai jumlah pelajar serta kakitangan melebihi 3,500 orang. Dari segi infrastruktur, UKPP bermula dengan sebuah rumah pelajar pada 2007 dan akhirnya telah dibesarkan kepada 2 buah rumah yang telah diubahsuai menjadi sebuah klinik. Dalam pertengahan 2009, sebuah lagi unit rumah telah diubahsuai dan digabungkan dengan unit yang sedia ada. Kerja-kerja pengubahsuaian telah siap sepenuhnya dan bahagian farmasi dan makmal telah berpindah ke unit yang baru. Dengan ruang yang baru dan luas ini telah memberi lebih keselesaan kepada kakitangan dan pesakit. Terdapat juga penambahan ruang bilik mesyuarat dan stor.
Pada Julai 2009, urusan hal ehwal pentadbiran am Kampus Puncak Perdana telah digabungkan dengan Kampus Puncak Alam. UKPP tidak terkecuali dalam menerima arahan ini dan pada Mei 2010, semua staf UKPP telah menerima surat pertukaran tempat bertugas iaitu dari Pusat kesihatan Shah Alam ke Kampus Puncak Perdana.

mutiaraukpp mutiaraukpp.blogspot.com

No comments:

Post a Comment